Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PERKHIDMATAN KAUNSELING


Kaunseling
Satu proses seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya serta interaksinya dengan orang lain agar dia dapat membuat keputusan yang berkesan dalam kehidupannya.

Konsultasi
Proses perundingan kaunseling berkaitan isu perkahwinan dan kekeluargaan bagi mencapai tujuan pembuatan keputusan yang memberi manfaat kepada pihak yang terlibat. Juga merupakan perkhidmatan perundingan perlaksanaan program pembangunan insan secara holistik dan terancang.

Psikologi Pendidikan
Penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan melalui pelaksanaan program psikopendidikan seperti seminar, bengkel, kursus, latihan bermodul dan ceramah.

Latihan
Perkhidmatan latihan kompetensi staf dan masyarakat umum melalui latihan bermodul berdasarkan topik dan kumpulan sasaran.

Penyaluran Maklumat
Perkhidmatan penyebaran maklumat melalui penerbitan bahan bercetak seperti buku, modul, jurnal, artikel, majalah dan risalah.

Panel Penilaian
Perkhidmatan kepakaran dalam bidang kaunseling untuk agensi lain seperti kerajaan, badan berkanun, swasta, NGO dan institusi pendidikan.

Penyeliaan
Perkhidmatan penyeliaan pakar dalam bidang kaunseling melalui latihan industri IPTA, IPTS dan agensi kerajaan.

Pengurusan Kes
Perkhidmatan menyediakan pengurusan kes rujukan ke institusi berkaitan dengan isu kaunseling yang dibincangkan. Merangkumi proses mengenalpasti isu, perancangan, perawatan, tindakan rujukan isu berkaitan.

KAUNSELING

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.