Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PENGENALAN WAKAF


PENGERTIAN WAKAF

Bahasa :

  • Berhenti, Menegah, Menahan.

Syarak :

  1. Menyerahkan hakmilik apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat, faedah atau keuntungannya.
  2. Menyerahkan manfaat, faedah atau keuntungan yang boleh dinikmati daripada apa-apa harta.
  3. Memberikan kepakaran dan perkhidmatan yang boleh dinikmati manfaat, faedah atau keuntungannya.

 

HUKUM WAKAF

Hukum adalah HARUS di dalam syariat Islam. Amalan yang digalakkan di dalam Islam berlandaskan nas Al-Quran dan Hadis.
Firman Allah SWT :
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai(hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(Surah Ali-Imran : 92)

 

SEJARAH WAKAF

HADITH DARIPADA SHAHIH MUSLIM

Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata:
Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang pergi berjumpa Nabi s.a.w untuk meminta pandangan mengenai tanah tersebut, maka katanya yang bermaksud:

“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar yang mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah). Apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”

 

Maka sabda Rasulullah s.a.w kepada Umar yang bermaksud:

“Jika engkau hendak, maka tahanlah tanah itu (wakafkan), dan kamu sedekahkanlah manfaatnya".

Umar lalu mensedekahkan manfaat hasil tanahnya dengan syarat tanah (mawquf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (diberi) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu harus diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat, untuk memerdekakan hamba, untuk orang yang berjihad di jalan Allah serta menjadi bekal bagi orang yang di dalam perjalanan dan hidangan bagi tetamu. Orang yang menguruskannya (yang diberi kuasa menjaganya iaitu Nazir) dibolehkan untuk mengambil upah sebahagian dari hasilnya dengan cara yang baik tanpa menganggap bahawa tanah itu adalah miliknya sendiri.

(Shahih Muslim, Kitab Wasiat Bab Wakaf, No. 3085)

 

RUKUN WAKAF

  1. Pewakaf (Al-Waqif).
  2. Harta yang diwakafkan (Al-Mauquf).
  3. Penerima manfaat wakaf (Al-Mawquf A'laih).
  4. Pernyataan wakaf (Al-Sighah)

 

HIKMAH WAKAF

  1. Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah.
  2. Mendapat kebajikan yang berkekalan semasa pewakaf masih hidup dan setelah pewakaf meninggal dunia.
  3. Berkongsi manfaat dalam kalangan masyarakat Islam untuk menghidupkan syiar Islam.
  4. Memastikan pengekalan pemilikan dan perkongsian aset dalam kalangan umat Islam.
  5. Mengukuhkan perpaduan ummah.
  6. Merealisasikan minat umat Islam yang suka memberi wakaf dan berlumba-lumba di dalam melakukan kebaikan.
WAKAF
PERKHIDMATAN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.