Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAZAAR WAKAF DAN WAKAF MART


  >> MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SEWAAN BAZAR WAKAF & WAKAF MART DI SINI <<

Merupakan projek pembangunan hartanah wakaf di atas tapak Tanah Wakaf Masjid yang dikenalpasti berdaya maju di Negeri Sembilan. Salah satu projek usahasama diantara pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan(MAINS) dengan Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat(JAWHAR) bersama dengan pihak Yayasan Waqaf Malaysia. Salah satu projek kecil berimpak besar yang dijalankan di seluruh Malaysia di bawah peruntukan RMK ke-10 melalui Jabatan Perdana Menteri.

Sebanyak 6 masjid telah terlibat di dalam membangunkan projek kecil berimpak besar ini. Lokasi masjid ini terletak di sekitar Seremban, Tampin, Gemas dan Kuala Pilah. Antara masjid yang terlibat adalah :

  • Maskid Kariah Panchor Jaya, Seremban
  • Masjid Jamek Pekan Gemas, Gemas
  • Masjid Jamek Tunku Besar Tampin, Tampin
  • Masjid Kariah Rasah Jaya, Seremban
  • Masjid Felda Jelai 4, Gemas
  • Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Kuala Pilah

Antara perniagaan tersebut adalah perniagaan runcit, koperasi, pakaian haji dan umrah, pakaian dan aksesori wanita, kedai makan, kedai gunting rambut, kedai komputer, kedai percetakan dan sebagainya.

 

OBJEKTIF

  1. Untuk menjadikan masjid sebagai Pusat Sehenti umat Islam ("One Stop Centre").
  2. Menggalakkan masyarakat untuk mengimarahkan masjid dengan melakukan segala urusan di masjid termasuk di dalam urusan berjual beli.
  3. Meningkatkan serta membangunkan pendapatan ekonomi umat Islam khususnya di Negeri Sembilan.
  4. Memberi peluang kepada umat Islam untuk menjalankan perniagaan dengan kadar bayaran sewaan yang berpatutan.

 

SENARAI BAZAAR WAKAF DAN WAKAF MART DI NEGERI SEMBILAN

BIL Bazaar / Wakaf Daerah Jumlah (Unit)
1 Wakaf Mart Panchor Jaya Seremban 1
2 Wakaf Mart Tampin Tampin 1
3 Wakaf Mart Gemas Gemas 1
4 Wakaf Mart Paroi Jaya Seremban 1
5 Wakaf Mart Taqwa Seremban 1
6 Bazaar Wakaf Rasah Jaya Seremban 6
7 Bazaar Wakaf Felda Jelai 4 Gemas 5
8 Bazaar Wakaf Kuala Pilah Kuala Pilah 6
WAKAF
PERKHIDMATAN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.