Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

HIBAH


>>  BORANG PERMOHONAN HIBAH || SENARAI SEMAK PERMOHONAN HIBAH  <<

APA ITU HIBAH

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad).

 

PENSYARIATAN HIBAH DALAM ISLAM

“Dan memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga terdekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan”     (Al-Baqarah : 4)

Daripada Abu Hurairah R.A Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling menyayangi”.

.

KEISTIMEWAAN PEMBERIAN HIBAH

  • Pemberian hibah tidak dihadkan kepada kumpulan tertentu atau kadar tertentu .
  • Menjadi penyelesaian kepada saudara baru bagi membolehkan mereka meberikan harta mereka kepada keluarga terutama ibu bapa.
  • Harta yang dihibahkan tidak boleh dicabar.
  • Harta yang dihibah terkeluar daripada harta pusaka.
  • Dokumen yang dibuat semasa hidup tetapi pertukaran hakmiliK dibuat selepas kematian.
  • Proses turunmilik lebih jelas.

 

KENAPA PERLU MEMBUAT HIBAH DI MAINS

  • MAINS boleh dilantik sebagai pemegang amanah bagi penerima hibah kanak-kanak, orang tak sempurna akal atau OKU;
  • Dokumentasi hibah adalah langkah terbaik mengelakkan kesulitan di kemudian hari dan
  • MAINS berkepakaran dalam melaksanakan pindah milik harta yang dihibahkan.
  • MAINS Akan Mendapatkan Pengesahan Awal Hibah di Mahkamah Tinggi Syariah.

 

YURAN HIBAH

Fi Permohonan Hibah

Rm 300 Bagi Setiap 1 Harta

Fi Permohonan Hibah Amanah

Rm 300

Fi Pelaksanaan Hibah

0.8%  Daripada Nilai Harta Yang Dihibah

 

PELAKSANAAN HIBAH MAINS

Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2004 “Majlis dikehendaki mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah”.

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN HIBAH

  1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di Senarai Semak Permohonan Hibah.
  2. Pemohon perlu menjelaskan fi bayaran sebanyak RM300 bagi 1 harta yang hendak dihibahkan.
  3. Pegawai Jabatan Wakaf Dan Sumber Am (JWSA) akan membuat semakan. Sekiranya lengkap, borang permohonan akan diproses manakala sekiranya tidak lengkap, pemohon diminta melengkapkan borang permohonan tersebut.
  4. Suatu temujanji akan dibuat di antara Pemohon dan Penerima Hibah bagi menandatangani Memorandum Persetujuan Hibah. Temujanji tersebut akan dihadiri oleh saksi-saksi yang diwakili oleh Pegawai JWSA sendiri.
  5. Setelah Memorandum Persetujuan Hibah ditandatangani oleh pihak-pihak, pihak JWSA akan mendapatkan tandatangan Ketua Pegawai Operasi, Setiausaha MAINS serta cop mohor MAINS.
  6. Kemudian, pihak JWSA akan membuat pengesahan Memorandum Perjanjian Hibah di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  7. Pemohon perlu menjelaskan fi bayaran sebanyak RM 2,000 (atau mengikut kepada mana-mana pindaan) sekiranya melantik Peguam dalam urusan Pengesahan Hibah.
  8. Setelah Perintah Pengesahan Hibah telah diperoleh, Salinan perintah asal akan di simpan di JWSA manakala sesalinan perintah akan diserahkan kepada Pemohon.
  9. Apabila berlakunya kematian Pemohon, salinan Sijil Kematian atau dokumen berkaitan perlu dikemukakan kepada pegawai JWSA.
  10. Pegawai JWSA akan membuat permohonan Perintah Pembahagian di Unit Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (JKPTG) bagi mendapatkan Perintah Pembahagian sekiranya nilai harta tak alih dan harta alih tidak melebihi RM 2 juta atau Amanah Raya sekiranya nilai harta alih tidak melebihi RM 600,000.00.
  11. Suatu Perintah Pembahagian akan diserahkan kepada Penerima Hibah setelah pembayaran fi pelaksanaan dibayar oleh Penerima Hibah.
  12. Pegawai JWSA akan memastikan Penerima Menerima menerima harta yang dihibahkan.

>>  BORANG PERMOHONAN HIBAH || SENARAI SEMAK PERMOHONAN HIBAH  <<

WAKAF
PERKHIDMATAN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.