Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

WAKAF HARTA


  >> MUAT TURUN BORANG WAKAF HARTA DI SINI || SENARAI SEMAK WAKAF HARTA DI SINI <<

Urusan pindahmilik melibatkan tanah dan bangunan kediaman. Kebanyakkan tanah yang telah diwakafkan adalah melibatkan Wakaf Am.

Terbahagi kepada dua iaitu :

  1. Wakaf Ahli - Wakaf yang dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga pewakaf. 
  2. Wakaf Khairi - Wakaf yang digunakan untuk kebajikan meliputi 2 jenis wakaf iaitu wakaf am dan wakaf khas.

 

WAKAF AM

Wakaf yang tidak dikhaskan oleh pewakaf kepada pihak tertentu. Harta itu boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud tertentu asalkan sesuai dengan kehendak syarak.

WAKAF KHAS
Wakaf yang manfaatnya dikhaskan kepada pihak tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh pewakaf. Pewakaf akan menyatakan secara spesifik tujuan wakaf itu seperti wakaf khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya. lni bermakna harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus itu.

Pemberi wakaf juga boleh membahagikan harta secara kombinasi iaitu wakaf am dan wakaf khas. Sebagai contoh, pemberi wakaf boleh memberi peratusan yang tetap dari hasil tanah kepada ahli keluarganya (wakaf khas) dan selebihnya diberi kepada institusi wakaf (wakaf am). Pewakaf boleh mewakafkan harta seperti tanah, bangunan dan rumah kediaman yang dikenali sebagai : 

  1. Harta Tak Alih iaitu harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya.
  2. Harta Alih iaitu harta yang boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya, sama ada bentuk dan keadaannya kekal semasa dipindahkan atau berubah bentuknya sepertl barangan peralatan masjid, al-Quran dan sebagainya.

 

SYARAT-SYARAT HARTA WAKAF

  • Harta itu mestilah terdiri daripada sesuatu benda yang dapat diambil manfaatnya.
  • Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud pada waktu itu.
  • Harta yang diwakafkan itu dapat memberi faedah yang berpanjangan.
  • Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi hukum syarak.
  • Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlahnya.
  • Harta yang telah dilunaskan segala pembayaran dan tuntutan ke atasnya dan menjadi pemilikan penuh pewakaf.

 

PROSEDUR WAKAF HARTA

Pewakaf perlu mendapatkan Borang Permohonan Wakaf Harta daripada pihak PBMalNS dan mengisi Borang Permohonan Wakaf Harta dengan lengkap sebelum dihantar semula kepada pihak PBMalNS. Pewakaf turut perlu menyediakan segala dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam borang permohonan seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Geran / Surat Hak Milik
  3. Salinan Cukai Tanah Terbaru
  4. Salinan Pelan Tanah/Lokasi
  5. Lain-lain dokumen berkaitan ( jika ada)

Pihak PBMalNS akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap harta yang hendak diwakafkan supaya status sebenar harta berkenaan dapat dikenalpasti. Pewakaf kemudiannya dikehendaki pula mengisi Borang 14A dan menyerahkan semula borang tersebut kepada pihak PBMalNS. Pihak PBMalNS akan menguruskan segala urusan pindahmilik harta pewakaf dan seterusnya menyelesaikan segala proses yang diperlukan untuk mewakafkan harta tersebut.

WAKAF
PERKHIDMATAN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.