Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

WAKAF NEGERI SEMBILAN MUAMALAT (WNSM)


PENGENALAN

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan(MAINS) melalui Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan(PWNS) sebelum ini telah berkerjasama dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad(BMMB) bagi menjalinkan suatu kerjasama strategik yang dinamakan sebagai Wakaf Negeri Sembilan Muamalat(WNSM) dengan tujuan menguruskan dana wakaf dan memantapkan lagi hasil kutipan wakaf tunai di Negeri Sembilan. 

Dana wakaf ini akan digunakan untuk dua (2) komponen utama iaitu Kesihatan dan Pendidikan. Penubuhan WNSM telah dirasmikan pada majlis penyempurnaan yang berlangsung pada 21hb Jun 2017 oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Kini selepas pembubaran PWNS, kerjasama strategik diteruskan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan(PBMalNS) melalui Jabatan Wakaf dan Sumber Am(JWSA) bersama BMMB.

 

OBJEKTIF

  • Wakaf Muamalat merupakan inisiatif PBMalNS bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dalam mengutip wakaf tunai daripada orang ramai dan korporat. Dana yang dikutip akan digunakan untuk membeli atau membiayai projek-projek wakaf dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan
  • Kerjasama PBMalNS dan BMMB adalah melalui penubuhan jawatankuasa pengurusan bersama yang terdiri daripada wakil kedua-kedua pihak dan seorang pengerusi bebas.
  • Melalui kerjasama ini, dana wakaf akan diagihkan ke projek-projek di bawah sektor pendidikan dan kesihatan. Selain itu, sebahagian dana wakaf juga dilaburkan ke projek-projek yang patuh syariah bagi tujuan membesarkan dana.

.

SETIAUSAHA

  • Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bersama adalah dilantik daripada Setiausaha Korporat BMMB
  • Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha JPB :
    • Bertanggungjawab menyelaras setiap mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa.
    • Menyelaras penyediaan maklumat dan dokumentasi berkaitan perkhidmatan Wakaf Negeri Sembilan Muamalat untuk setiap mesyuarat.
    • Menyediakan minit mesyuarat pada setiap mesyuarat yang telah dijalankan.

 

URUSETIA BERSAMA

Urusetia bagi Jawatankuasa ini adalah mewakili kedua-dua pihak iaitu PBMalNS dan BMMB. Secara umumnya, Urusetia bertanggungjawab untuk :

  1. Mengumpul kertas-kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berkenanaan.
  2. Mengedarkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa kepada pihak yang berkepentingan.
  3. Sebagai pemudahcara di antara Ahli Jawatankusa dan pihak-pihak yang berkenaan.
  4. Untuk memantau dan memastikan perlaksanaan semua keputusan-keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bersama.
  5. Membuat laporan-laporan berkaitan dengan pengurusan dana Wakaf Negeri Sembilan Muamalat kepada Ahli Jawatankuasa dan lain-lain pihak yang diminta oleh Ahli Jawatankuasa secara berkala atau secara ‘ad hoc’.

 

CARA BERWAKAF

Pewakaf boleh berwakaf melalui :

  1. Kaunter Bank Muamalat Malaysia Berhad
  2. Hibah daripada pelanggan Akaun Wadi’ah BMMB
  3. Arahan pembayaran berkala (PPI)
  4. Tunai
  5. Debit daripada akaun simpanan atau semasa
  6. Cek dalaman/ tempatan
  7. JOMPay 

      viii. QR Code

 

 

WAKAF
PERKHIDMATAN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.