Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

WASIAT


>>  BORANG WASIAT  ||  SENARAI SEMAK PERMOHONAN WASIAT <<

DEFINISI WASIAT :

Iqrar seseorang yang dibuat pada hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia mati.

 

PENGURUSAN WASIAT

"Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah”.

 

DALIL PENSYARIATAN

“Pembahagian itu ialah sesudah disesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya” (Surah An-Nisa:11).

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya” (Hadis riwayat Al-Bukhari- Muslim).

 

HIKMAH DISYARIATKAN BERWASIAT:

  • Allah mengharuskan wasiat kerana ia membawa faedah kepada pewasiat, kaum keluarganya dan masyarakat amnya. Pewasiat menerima faedah apabila dia menerima ganjaran dan pahala kerana wasiatnya.
  • Kaum keluarga juga menerima faedah kerana biasanya wasiat ditujukan kepada kaum keluarga yang tidak menerima sebarang harta pusaka atau anak angkat. Dengan ini, mereka boleh menerima harta pusaka melalui wasiat.
  • Wasiat juga salah satu cara untuk berinfaq selepas kematian bagi kepentingan tertentu seperti pembinaan masjid, sekolah dan sebagainya.

 

ISU PUSAKA 

PUNCA MASALAH PUSAKA

AKIBAT YANG BOLEH BERLAKU

SOLUSI

  • Pemilik harta tidak membuat pesanan yang jelas dan bertulis semasa hidupnya.
  • Waris sukar mencapai muafakat dan proses urus pusaka tidak dapat dimulakan.
  • Berlaku pertelingkahan harta
  • Harta pusaka tidak dapat difaraidkan setelah bertahun-tahun kematian jika berlaku konflik pelantikan pentadbir dikalangan ahli waris.
  • Menyediakan dokumen Pelantikan Wasi/ Pentadbir Harta Pusaka.
  • Melantik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai Wasi/Pentadbir Harta Pusaka
  • Dokumenkan wasiat 1/3 kepada Bukan Waris/ Tujuan Sedekah (jika ada)
  • Meninggalkan pesanan pembahagian kepada ahli Waris supaya mudah mencapai muafakat.
  •  Ahli waris tidak mula menguruskan pusaka kerana tidak mahir, tidak mampu dan tiada masa.
  • Harta terbeku dan terbiar tidak diurus.

 

TANGGUNGJAWAB MAINS SEBAGAI WASI

  • Menjadi pemudahcara mengharmonikan benefisiari dan ahli waris.
  • Mengenalpasti harta dan hutang Pewasiat.
  • Mendapatkan pengesahan wasiat di Mahkamah Tinggi Syariah.
  • Mendapatkan Geran Probet di Mahkamah Tinggi Sivil.
  • Melunaskan hutang pewasiat dengan Allah dan manusia.
  • Membahagikan harta kepada benefisiari yang telah ditentukan oleh pewasiat dalam Dokumen Wasiat dan kepada waris yang berhak mengikut Hukum Faraid.

 

KOS PENDAFTARAN, PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN DOKUMEN

RM300 (*Tiada bayaran bagi mengemaskini wasiat)

 

KOS PELAKSANAAN

2%

Nilai harta RM 25, 000 pertama;

1.5%

Nilai harta RM 50, 000 berikutnya;

1%

Nilai harta RM 75, 000 berikutnya;

0.5%

Nilai harta RM 100, 000 berikutnya;

0.25%

Nilai harta RM 200, 000 ke atas.

*Kos tidak termasuk yuran guaman bagi permohonanGeran Probet dan Perintah Pembahagian 

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN WASIAT

  1. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di Senarai Semak Permohonan Wasiat.
  2. Pemohon perlu menjelaskan fi Permohonan sebanyak RM300.
  3. Pegawai Jabatan Wakaf Dan Sumber Am (JWSA) akan membuat semakan. Sekiranya lengkap, borang permohonan akan diproses manakala sekiranya tidak lengkap, pemohon diminta melengkapkan borang permohonan tersebutPegawai JWSA akan membuka dan mendaftarkan fail.
  4. Suatu temujanji akan dibuat bersama Pemohon untuk menandatangani Dokumen Rasmi Wasiat Bertulis.
  5. Setelah Dokumen Rasmi Wasiat Bertulis ditandatangani, pihak JWSA akan mendapatkan tandatangan Ketua Pegawai Operasi, Setiausaha MAINS serta cop mohor MAINS.
  6. Pegawai JWSA akan menyimpan salinan asal manakala sesalinan asal lagi akan diserahkan kepada Pemohon.
  7. Apabila berlakunya kematian pewasiat, salinan Sijil Kematian hendaklah diserahkan kepada Pegawai JWSA.
  8. Dokumen Rasmi Wasiat akan dibacakan dihadapan Ahli Waris oleh Pegawai JWSA.
  9. Suatu laporan bertulis pembacaan wasiat akan disediakan oleh Pegawai JWSA atau pihak Peguam.
  10. Pegawai JWSA akan mendapatkan sijil faraid di Mahkamah Syariah atau membuat pengesahan wasiat (sekiranya perlu).
  11. Pihak JWSA akan membuat permohonan Geran Probet dan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Sivil (bagi nilaian harta lebih RM 2 Juta atau mempunyai wasiat) atau di UPPJKPTG (sekiranya nilai bagi harta tak alih dan harta alih kurang dari RM 2 juta) atau di Amanah Raya Berhad (sekiranya nilaian harta alih kurang dari RM 600, 000.00).
  12. Pegawai JWSA akan menerima fi pelaksanaan wasiat dari ahli waris yang akan ditolak daripada harta pusaka si mati seperti berikut:
    1. 2% : nilai harta RM25,000 pertama;
    2. 1.5% : nilai harta RM50,000 berikutnya;
    3. 1% : nilai harta RM75,000 berikutnya;
    4. 0.5% : nilai harta RM100,000 berikutnya;
    5. 0.25% : nilai harta RM200,000 ke atas
  13. Suatu perintah pembahagian akan dikeluarkan oleh UPPJKPTG dan seterusnya harta tersebut akan dibahagikan kepada benifisiari dan waris-waris yang layak.

>>  BORANG WASIAT  ||  SENARAI SEMAK PERMOHONAN WASIAT <<

 

WAKAF
PERKHIDMATAN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.