Zakat Pendapatan atau Zakat Gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Khalifah Muawiyah dan Omar bin Abdul Aziz. Ia lebih penting dikenali sebagai nama Al-Ata' dan di zaman moden ini dikenali sebagai "Kasbul Amal". Tetapi akibat penjajahan dan pengaruh kuasa Barat, sistem percukaian moden telah mengenepikan sistem zakat, termasuk zakat ke atas gaji.
DALIL WAJIB ZAKAT PENDAPATAN
Firman Allah swt. yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman ! Keluarkanlah (zakat) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu" . - (Surah Al-Baqarah : 267)
Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu 'profesion' maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep "hasil usaha" meliputi semua harta dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia.
Jika dilihat dari satu sudut golongan pesawah padi, dikenakan 5-10% dari hasil usaha mereka, apakah golongan yang 'makan gaji' tidak perlu dikenakan zakat sedangkan rata-rata mereka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan pesawah padi. Apakah hanya golongan petani sahaja yang perlu membayar zakat atas hasil usaha mereka ? Sedangkan zakat itu wajib dikenakan kepada setiap 'hasil usaha yang baik-baik'.
Bukanlah pekerjaan 'makan gaji' itu adalah hasil usaha yang baik-baik dan perolehannya lebih lumayan dari pesawah padi ? Sampai bilakah kita harus bergantung kepada petani untuk membayar zakat ke atas hasil pendapatan ?
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap orang Muslim bersedekah (berzakat). "Mereka bertanya, "Hai Nabi Allah, bagaimana yang tidak mempunyai harta ?". Baginda menjawab, "Bekerjalah untuk mendapatkan sesuatu untuk dirinya, lalu bersedekah:. Mereka bertanya, "Kalau tidak mempunyai pekerjaan ?" Baginda bersabda, "Tolonglah orang yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana bila tak berkuasa?" Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".
FATWA ZAKAT PENDAPATAN
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
ZAKAT PENDAPATAN / GAJI
Zakat Pendapatan boleh dikeluarkan bagi setiap individu yang memperolehi sumber pendapatan yang merangkumi :
- Pendapatan / Pengajian
- Gaji dan Upahan
- Tunggakan
- Elaun-elaun : (Elaun Khidmat Awam, Elaun Keraian, Elaun Perumahan)
- Bonus
- Komisyen
- Lain-lain pendapatan sampingan (rumah sewa, jualan langsung dll)
- Kerja lebih masa
PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN / GAJI
Ada 2 cara mengira zakat pendapatan :
1) Membayar 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan melebihi nisab semasa).
2) Membayar setelah ditolak perbelanjaan-perbelanjaan asasi setahun yang dibenarkan (jika pendapatan melebihi nisab semasa).
CONTOH PENGIRAAN
Kaedah Pertama : Menggunakan Kaedah Pendapatan Kasar
Jika jumlah pendapatan kasar dari semua sumber setahun ialah sebanyak RM 33,800, maka zakatnya ialah sebanyak :-
RM 33,800 x 2.5% = RM 845.00
Kaedah Kedua : Menggunakan Kaedah Pendapatan Bersih
|
*Nilai bagi pengiraan zakat pendapatan mengikut Kaedah Kedua
A) Jumlah pendapatan dari semua sumber yang dicampurkan dalam masa setahun
B) Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan:
- Diri - RM 9,000
- Isteri - RM 4,000
- Anak (RM 2000 untuk bukan di IPTA/IPTS), (RM 8,000 untuk belajar di IPTA/IPTS)
- Pemberian kepada Ibu Bapa, Caruman KWSP, Caruman Tabung Haji, Caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat.