Soalan Lazim (FAQ) Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT MAINS Secara Online

Bantuan ini terbuka kepada semua pelajar Islam yang bermastautin di Negeri Sembilan dan yang akan menyambung pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil/Asasi/Matrikulasi/Tamhidi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dengan dengan merujuk kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam iklan yang dipaparkan di portal MAINS.

Tidak, bantuan ini disediakan untuk semua institusi yang diiktiraf oleh MQA atau Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau diperakui oleh pihak agensi berkuasa yang berkaitan termasuk IPTS

Bantuan ini tidak mengambil kira bidang pengajian yang tertentu namun bagi bidang pengajian yang bertentangan dengan hukum syarak tidak akan dipertimbangkan.

Boleh memohon sekiranya pelajar masih dalam tempoh semester pertama atau dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan semasa daripada tarikh pendaftaran tawaran kemasukan ke IPT (rujuk Tarik daftar pada surat tawaran)

Permohonan boleh dibuat untuk kemasukan pertama bagi setiap peringkat pengajian.

Anda boleh memilih peringkat pengajian mengikut panduan seperti di bawah :
Peringkat Pengajian Pilih Peringkat Pengajian
Matrikulasi/Asasi/Tamhidi/Sijil/Pra Diploma Sijil
Tingkatan 6 Ting.6
Diploma/DVSM/Diploma Lanjutan Diploma
Ijazah Sarjana Muda (Dalam Negara) Ijazah (DN)
Ijazah Sarjana Muda (Luar Negara) Ijazah (LN)
Sarjana (Master) Sarjana
Kedoktoran PHD

Bagi pelajar yang berumur 16 atau 17 tahun yang melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional/pusat kemahiran/mana-mana institusi boleh merujuk Permohonan Bantuan Am Persekolahan yang dibuka dan didaftarkan atas nama penjaga.

Sekiranya Madrasah/ Pondok berkenaan mendapat pengiktirafan oleh MQA dan peringkat pengajian ada dinyatakan di atas boleh memohon dan sekiranya tidak maka tidak layak untuk memohon bantuan ini.

Anda boleh memohon Bantuan Am Pelajaran IPT MAINS secara online melalui pautan ini www.mains.gov.my/agihan/ yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sila log masuk ke pautan menggunakan ID pengguna (pelajar) yang telah didaftarkan atau buat pendaftaran jika anda belum mempunyai akaun. Setelah itu, lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan.

Anda boleh memuatnaik aplikasi yang sesuai di telefon pintar anda seperti Adobe Scan, Cam Scanner, Microsoft Office Lens, Scanbot dan lain-lain yang terdapat dalam Android. Manakala bagi telefon jenis Iphone boleh menggunakan aplikasi Notes.

Amat digalakkan untuk pemohon lampirkan dokumen asal dan sekiranya dokumen yang dilampirkan adalah Salinan perlu dapatkan cop pengesahan terlebih dahulu kemudian masukkan dalam ruang yang disediakan.

Jika anda terlupa kata laluan, klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk. Anda akan diminta untuk memasukkan alamat emel yang didaftarkan, dan pautan untuk reset kata laluan akan dihantar ke emel anda. Ikuti arahan untuk menetapkan kata laluan baru.

Pastikan alamat emel dan kata laluan yang dimasukkan adalah tepat. Jika masalah berlanjutan, cuba kosongkan cache dan cookies pelayar web anda atau gunakan pelayar lain. Jika masih tidak berjaya, hubungi bahagian sokongan teknikal melalui emel unitpendidikan@mains.gov.my atau nombor telefon pejabat MAINS yang berdekatan

Portal permohonan bantuan am persekolahan biasanya serasi dengan pelayar web utama seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari, dan Microsoft Edge. Pastikan pelayar anda adalah versi terkini untuk pengalaman yang lebih lancar.

Jika anda menghadapi masalah semasa mengisi borang, pastikan sambungan internet anda stabil dan cuba semula. Sekiranya masalah berterusan, cuba buka borang pada pelayar lain atau peranti lain. Jika masih gagal, hubungi sokongan teknikal untuk bantuan lanjut.

Pastikan semua maklumat yang diperlukan telah diisi dengan lengkap dan tepat. Sahkan bahawa dokumen yang diperlukan telah dimuat naik dengan saiz yang betul dan dalam format PDF yang tidak melebihi 2MB setiap dokumen. Jika semua sudah betul, cuba semula. Jika masalah berlanjutan, hubungi sokongan teknikal.

Pastikan format dokumen yang dimuat naik adalah betul iaitu format PDF yang tidak melebihi had saiz 2MB Sekiranya format atau saiz dokumen tidak sesuai, sistem tidak akan menerima muat naik tersebut.

Secara amnya, selepas permohonan dihantar, ia tidak boleh diubah. Namun, jika terdapat sebarang kesilapan, anda boleh menghubungi pihak sokongan teknikal atau rayuan untuk membuat pembetulan kepada Pejabat MAINS yang berdekatan atau email kepada unitpendidikan@mains.gov.my

Pastikan anda klik pada butang "Simpan dan seterusnya" setelah mengisi borang permohonan. Sebelum menghantar, pastikan semua maklumat telah disemak dengan teliti.

Selepas menghantar permohonan anda boleh juga menyemak status permohonan melalui pautan yang sama dengan log masuk ke akaun anda dan pilih SEMAK/KEMASKINI MAKLUMAT dan akan dinyatakan permohonan anda telah Berjaya Dihantar / Sedang Diproses / Lulus / Gagal

Soalan Lazim (FAQ) Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAINS Secara Online

Bantuan ini terbuka kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang bersekolah sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah, dan memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam iklan yang dipaparkan di portal MAINS.

Anda boleh memohon Bantuan Am Persekolahan MAINS secara online melalui pautan ini www.mains.gov.my/agihan/ yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sila log masuk ke pautan menggunakan ID pengguna yang telah didaftarkan atau buat pendaftaran jika anda belum mempunyai akaun. Setelah itu, lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan.

Untuk mendaftar akaun, anda perlu melayari portal rasmi permohonan bantuan am persekolahan dan klik pada pilihan “Daftar Baru”. Seterusnya, masukkan maklumat peribadi seperti nama, alamat emel, nombor telefon, dan kata laluan yang sah. Ikuti langkah pengesahan yang diberikan untuk melengkapkan pendaftaran.

Amat digalakkan untuk pemohon lampirkan dokumen asal dan sekiranya dokumen yang dilampirkan adalah Salinan perlu dapatkan cop pengesahan terlebih dahulu kemudian masukkan dalam ruang yang disediakan.

Ya, permohonan biasanya perlu dibuat setiap tahun untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah terkini dan tepat. Anda perlu memohon setiap kali pendaftaran dibuka.

Jika anda terlupa kata laluan, klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk. Anda akan diminta untuk memasukkan alamat emel yang didaftarkan, dan pautan untuk reset kata laluan akan dihantar ke emel anda. Ikuti arahan untuk menetapkan kata laluan baru.

Pastikan alamat emel dan kata laluan yang dimasukkan adalah tepat. Jika masalah berlanjutan, cuba kosongkan cache dan cookies pelayar web anda atau gunakan pelayar lain. Jika masih tidak berjaya, hubungi bahagian sokongan teknikal melalui emel unitpendidikan@mains.gov.my atau nombor telefon pejabat MAINS yang berdekatan

Portal permohonan bantuan am persekolahan biasanya serasi dengan pelayar web utama seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari, dan Microsoft Edge. Pastikan pelayar anda adalah versi terkini untuk pengalaman yang lebih lancar.

Jika anda menghadapi masalah semasa mengisi borang, pastikan sambungan internet anda stabil dan cuba semula. Sekiranya masalah berterusan, cuba buka borang pada pelayar lain atau peranti lain. Jika masih gagal, hubungi sokongan teknikal untuk bantuan lanjut.

Pastikan semua maklumat yang diperlukan telah diisi dengan lengkap dan tepat. Sahkan bahawa dokumen yang diperlukan telah dimuat naik dengan saiz yang betul dan dalam format PDF yang tidak melebihi 2MB setiap dokumen. Jika semua sudah betul, cuba semula. Jika masalah berlanjutan, hubungi sokongan teknikal.

Pastikan format dokumen yang dimuat naik adalah betul iaitu format PDF yang tidak melebihi had saiz 2MB Sekiranya format atau saiz dokumen tidak sesuai, sistem tidak akan menerima muat naik tersebut.

Anda boleh imbas semua dokumen dengan memasukkan dalam 1 fail sahaja dan pastikan fail berkenaan tidak melebihi saiz yang ditetapkan.

Secara amnya, selepas permohonan dihantar, ia tidak boleh diubah. Namun, jika terdapat sebarang kesilapan, anda boleh menghubungi pihak sokongan teknikal atau rayuan untuk membuat pembetulan kepada Pejabat MAINS yang berdekatan atau email kepada unitpendidikan@mains.gov.my

Pastikan anda klik pada butang "Simpan dan seterusnya" setelah mengisi borang permohonan. Sebelum menghantar, pastikan semua maklumat telah disemak dengan teliti.

Selepas menghantar permohonan anda boleh juga menyemak status permohonan melalui pautan yang sama dengan log masuk ke akaun anda dan pilih SEMAK/KEMASKINI MAKLUMAT dan akan dinyatakan permohonan anda telah Berjaya Dihantar / Sedang Diproses / Lulus / Gagal

Anda boleh memuatnaik aplikasi yang sesuai di telefon pintar anda seperti Adobe Scan, Cam Scanner, Microsoft Office Lens, Scanbot dan lain-lain yang terdapat dalam Android. Manakala bagi telefon jenis Iphone boleh menggunakan aplikasi Notes.

Anda boleh kecilkan saiz PDF (compress) dengan menggunakan aplikasi SmallPDF/iLovePDF,Adobe Acrobat Online dan lain-lain.